• +609 573 2525

    Keep In Touch

  • support@kmepest.com

    Appointment

  • 8:30 am - 5:30 pm

    Monday-Friday

  • 8:30 am - 1:00 pm

    Saturday

FAQ

F.A.Q.

1.0 Anai-Anai

Macam mana cara nak hapuskan masalah anai-anai di rumah kayu ?
Masalah anai-anai di rumah kayu dapat dihapuskan melalui kaedah semburan mengunakan racun anai-anai. Hal ini demikian kerana masalah anai-anai di rumah kayu tidak boleh diselesaikan melalui kaedah corrective treatment. Kaedah kedua yang boleh dilakukan adalah kaedah baiting system (sistem umpan anai-anai), Team KME akan memberikan saranan servis yang paling efektif berdasarkan masalah di rumah anda.
Berapa kos untuk servis kawalan anai-anai di rumah ?

Anda perlu menghubungi TeamKME di talian 018-389 9785 bagi mendapatkan serbut harga untuk kos servis kawalan anai-anai di rumah.

Dari manakah punca kehadiran anai-anai ?
Kehadiran anai-anai berpunca daripada tanah. Faktor kawasan tanah bagi bangunan atau rumah anda akan mempengaruhi masalah anai-anai di rumah.
Waktu bilakah yang sesuai untuk servis kawalan nyamuk (fogging) ?
Waktu yang sesuai untuk servis kawalan nyamuk adalah pada waktu pagi 6AM – 8AM dan pada waktu petang.
Apakah akibat yang akan berlaku jika rumah anda diserang anai-anai ?
Akibatnya adalah rumah anda akan mengalami kerosakan, harta benda yang lain anda juga akan musnah dimakan anai-anai. Sekiranya, masalah anai-anai di rumah anda berada pada tahap kritikal, rumah anda berisiko untuk roboh.

2.0 Servis Kawalan Nyamuk (Fogging)

Apakah penyakit denggi ?
Denggi adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus yang dibawa oleh nyamuk Aedes. Setakat ini tiada vaksin yang boleh merawat penyakit ini kecuali mengamalkan Langkah-langkah kawalan dan pencegahan daripada digigit oleh nyamuk Aedes.
Apakah itu servis kawalan nyamuk (fogging) ?
Fogging adalah semburan racun pembunuh nyamuk Aedes dewasa yang membawa virus dengan segera supaya penyakit denggi dapat dikawal daripada merebak. Biasanya semburan fogging akan dilakukan oleh pihak berkuasa apabila terdapat kes demam denggi di sesuatu kawasan yang ada Indeks Aedes yang tinggi.
Bagaimana cara fogging dilakukan ?
Fogging dilakukan dengan menggunakan mesin yang menggunakan bancuhan racun serangga yang sesuai. Ia akan dilakukan di dalam dan di luar rumah kira-kira 200 meter sekitarnya dengan menggunakan mesin “Thermal Fogger”. Fogging juga dilakukan semasa wabak dengan menggunakan mesin “Ultra Low Volume” (ULV) yang diletakkan di atas kenderaan dilakukan di sekitar kawasan luar rumah bagi mendapat liputan kawasan yang luas.
Bilakah waktu yang sesuai untuk melakukan fogging ?
Fogging dilakukan pada waktu awal pagi dan petang kerana nyamuk aedes aktif menggigit pada waktu tersebut serta keadaan cuaca pada masa tersebut adalah sesuai untuk fogging.
Berapa kekerapan fogging dilakukan ?
Ia dilakukan apabila kejadian kes denggi dilaporkan di kawasan tersembut dalam tempoh 24 jam da akan diulang selepas 7-10 hari. Ulangan ini dilakukan berdasarakan kitaran hidup nyamuk Aedes selama seminggu dan tempoh pengeraman virus dalam nyamuk Aedes lebih kurang 10 hari berikutnya. Sekiranya tiada kes denggi yang dilaporkan, anda masih boleh melakukan fogging di premis perniagaan anda. Kadar kekerapannya adalah mengikut keperluan premis perniagaan anda.
Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh penghuni rumah / premis perniagaan semasa fogging dilakukan ?
Semasa fogging dilakukan, anda dinasihatkan supaya :
1. Mengosongkan rumah / premis bersama binatang perliharaan.
2. Menutup semua tingkap dan pintu yang menghala keluar kecuali pintu hadapan.
3. Membuka semua pintu bilik dalam rumah.
4. Menutup atau menyimpan bahan makanan dalam peti ais atau almari bertutup.
5. Mematikan api dapur gas dan menutup baling gas atau bahan mudah terbakar.

3.0 General Pest

Berapakah anggaran harga bagi servis Pest Protection ?
Kos bagi servis Pest Protection adalah serendah RM150. Kos bagi servis ini adalah bergantung kepada saiz keluasan rumah anda.
Berapakah kadar kekerapan bagi servis Pest Protection ?
Kadar kekerapan bagi servis Pest Protection adalah dua bulan sekali. Sekiranya masalah di rumah anda adalah terlalu kritikal, Team KME akan memberikan saranan kepada anda untuk melakukan servis Pest Protection sebulan sekali.